create your own banner at mybannermaker.com!

Pandu Puteri Tunas [Extra]

_________________________________________________________________________________


Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Pandu Puteri Tunas. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Pandu Puteri Tunas berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T    Tolong orang selalu
U    Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan 
       Negara
N    Nilai hidup yang murni
A    Akhlak yang utuh
S    Selalu senyum tanda persahabatan
P    Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri
U    Utamakan tanggungjawab sendiri
T    Tabah menghadapi cabaran
E    Erat dalam perpaduan
R    Rela berkhidmat untuk masyarakat
I     Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi ahli baru, mereka akan menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pek Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-persetiaan ini, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di samping mengambil ujian Lencana Kecekapan yang digemari.

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar yang dilafaz. Ikrar ini menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri Tunas berbunyi begini:

“Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”

_________________________________________________________________________________

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua undang-undang Pandu Puteri Tunas iaitu:
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas
Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada nama-nama bunga, seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.






Melur Melur taat dan setia
Berusaha setiap masa
Siantan Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan
TerataiTeratai nama kami
Bekerja setiap hari
Kesidang Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang
Cempaka Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka
Kenanga Kami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas
  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Seluar Panjang biru tua
  3. Skaf coklat
  4. Lambang kumpulan
  5. Lambang Negeri
  6. Woggle
  7. Lencana dunia
  8. Flashes bahu
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam