create your own banner at mybannermaker.com!

Acara Sukarelawan Pandu Puteri

Sukarelawan Pandu Puteri 

_________________________________________________________________________________


Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu bahagian baru dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2004 melalui Program Signatur Antarabangsa (Signature Programme Volunteerism).

Keahlian bahagian ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. Bahagian ini adalah di bawah kategori Ahli Tidak Aktif dan Persatuan tidak perlu membayar yuran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk Sukarelawan Pandu Puteri.

Program Sukarelawan Pandu Puteri terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
  • Perkembangan Kendiri
  • Perkembangan Belia
  • Khidmat
  • Penglibatan dalam acara Pandu Puteri
  • Penjanaan Dana dan Khidmat Sokongan
 _________________________________________________________________________________