create your own banner at mybannermaker.com!

Cara Pemakaian Baju Unit Beruniform Pandu Puteri


Seperti juga peraturan pakaian seragam unit uniform yang lain, pakaian seragam pandu puteri perlu dipakai dengan cara yang betul, kemas dan bergaya. Gambar diatas menunjukan cara pemakaian yang betul dan  yang dipakai dengan kemas.

Ahli Persatuan Pandu Puteri perlu mengutamakan kebersihan diri dan pakaian seragam mereka. Solekan muka dan diri dikurangkan seperti ketetapan pakaian seragam organisasi lain, gaya rambut perlu kemas seperti yang panjang perlu didandan ataupun diikat supaya tidak terurai terutama semasa memakai topi, kep ataupun tudung. Pakaian seragam perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih, termasuk kasut yang dipakai dan lencana-lencana perlu bergilap supaya berkilat. Hanya lencana dan kepanduan yang sah sahaja dibenarkan pakai bersama-sama pakaian seragam. Apabila lebih daripada satu anugerah kepanduan diterima, hanya anugerah yang tertinggi sahaja dipakai dengan pakaian seragam. Pemakaian perhiasan seperti barang kemas tidak dibenarkan kecuali cincin kahwin ataupun pertunangan bagi orang dewasa dan jam tangan dengan pengikat yang biasa sahaja bagi remaja.

Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan. Baju yang ditetapkan dalam majlis rasmi adalah baju lengan panjang dan tidak boleh digayakan seperti lengan berkedut di bahu. Manakala fesyen seluar yang ditetapkan bagi pakaian rasmi adalah jenis seluar potongan lurus. Versi lain seperti seluar kembang (carrot top ataupun bell top) tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemakaian seluar jeans denim dibenarkan dengan kemeja-t semasa perkhemahan dan semasa melakukan aktiviti lasak.

0 comments:

Post a Comment